Diterbitkan pada 30 Sep, 2022
KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI EFEKTIF
28 - 29 September 2022
Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis
Seramai 22 orang kakitangan Jabatan Penyiaran Perlis telah mengikuti kursus Pengurusan Organisasi Efektif. Kursus sebegini diadakan bagi mengenalpasti dengan efektif tugas, tanggungjawab serta fungsi sebagai pemimpin di bidang yang berbeza, membuat anjakan paradigm dalam ketentuan sikap dulu, kini dan masa hadapan, memperbanyakkan skil berfikir menggunakan pemikiran kreatif, memahami teknik menyelesaikan masalah dan menganalisa sebab kejadian, mengenalpasti kaedah-kaedah efektif untuk menangani konflik di antara kakitangan, jabatan dan seterusnya organisasi, mempunyai cara yang berbeza untuk mengurus organisasi dengan baik,merancang dan mengurus strategi untuk bekerja sebagai satu pasukan.
Terima kasih diucapkan kepada Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis,Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Perlis dan pihak perunding latihan.