FLY THE JALUR GEMILANG



Diterbitkan pada 30 Sep, 2022

Hari ini telah berlangsung satu Program bersama TRAXXfm - FLY THE JALUR GEMILANG di KL Sentral.

Seramai 31 orang personaliti Radio RTM dari stesen NASIONALfm, MINNALfm, Aifm, RADIO KLASIK, JOHORfm, SELANGORfm, PERAKfm, MUTIARAfm, KEDAHfm, PERLISfm, ASYIKfm dan KLfm menaiki tren ETS 9321 dan membuat persembahan secara “strolling” oleh penyanyi Nizam Laksamana dan Daniel Sher bagi menghiburkan penumpang KTMB.

Turut hadir bersama Pegawai Operasi Wilayah Tengah, Mohd Syafiq Mohamood dan Mohd Ashraf Lim bin Lim Ah Baa serta barisan kakitangan KTMB yng terlibat.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65, dan memupuk semangat Keluarga Malaysia.

Peserta rombongan akan ke Utara pada 25 Ogos 2022,, Khamis.