Program Jelajah Ramadan 2021



Published on 04 May, 2021

Program Jelajah Ramadan 2021, diadakan di Kampung Titi Tinggi Ulu Padang Besar, Perlis. Seawal jam 11.00 pagi crew Jelajah Ramadan Perlis pihak TNB, pihak Yadim, pihak Adabi dan Penduduk Kampung Titi Tinggi Ulu berkerjasama dalam menyiapkan bubur lambuk untuk di serahkan kepada frontliner bertugas di sekitar Padang Besar seperti Polis,Imigresen,PGA,JPJ,Bomba dan AKSEM. Hampir 700 bungkus Bubur Lambuk diagihkan kepada Frontliner dan penguna jalan raya disitu.

Terima Kasih kami ucapkan kepada TNB,Yadim dan Adabi yang turut bersama menjayakan program Jelajah Ramadan Tahun ini. Tidak dilupakan juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.