PROGRAM CAKNA KOMUNITI PERLISFM /JPJ PERLIS



Published on 24 Apr, 2021

Bersempena Ulang tahun RTM ke 75 dan Ulang tahun JPJ ke 75, RTM Perlis dan JPJ Perlis berkerjasama menjayakan PROGRAM CAKNA KOMUNITI santuni anak-anak yatim dan asnaf. Perlisfm dan JPJ Perlis mengambil kesempatan di bulan Ramadan dengan mengadakan program Cakna Komuniti meraikan 30 anak yatim dan asnaf sekitar negeri Perlis. Mereka dibawa menaiki motosikal berkuasa besar dari Perkarangan Kompleks Penyiaran Perlis ke Pusat Membeli Belah di Kangar The Store untuk membeli barang keperluan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Terima Kasih Kami di Perlisfm ucapkan kepada semua penyumbang, pihak keselamatan, pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Sumbangan anda semua bermakna buat anak-anak ini