Karnival Futsal Piala Pengarah Penyiaran Perlis 2019.



Published on 06 Jul, 2019

6.7.2019 (Sabtu) - Karnival bersempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke - 76 turut dihadiri oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang. Tuanku Syed Faizuddin diringi oleh Ketua Pengarah Penyiaran Haji Abdul Muis bin Shefii. Pengarah Penyiaran Perlis, Ahmad Zaki Mustafa berkata karnival futsal yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 7 ribu ringgit itu disertai o71pasukan dari dalam dan luar Perlis, mempertandingkan tiga kategori iaitu terbuka lelaki,bawah 17 tahun dan bawah 12 tahun. Pasukan 'The fighter A' menjuarai kategori bawah 12 untuk membawa pulang hadiah berjumlah 800 ringgit manakala kategori bawah 17 tahun dimenangi pasukan 'Ally B' yang menerima seribu ringgit dan kategori terbuka dimenangi pasukan 'MMfc' yang meraih hadiah 2 ribu ringgit.