JELAJAH ANMS PERLIS



Published on 30 Sep, 2022

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akhashah Khalil berangkat bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan sempena Majlis Perasmian Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat peringkat Negeri Perlis. di Dataran Dato' Syeikh Ahmad hari ini.

Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh. Penyertaan semua pihak ini adalah sangat penting bagi menjayakan ANMS kerana setiap pihak mempunyai peranan masing-masing dan tanpa sokongan erat akan menjejaskan pencapaian ANMS untuk menjadikan kesejahteraan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan.

ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.

ANMS dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun. Penentuan bagi fasa adalah bergantung kepada isu kesihatan semasa.

Terdahulu DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan YB Khairy telah menyertai Jelajah Kayuhan MAIPs Peduli di Kg Warna-Warni, Kuala Perlis.

Beberapa aktiviti telah diatur di sepanjang laluan kayuhan berbasikal tersebut antaranya taklimat di Dataran Semarak / Penerangan Program Transformasi DiRaja Kg Nelayan Warna-warni Seberang Ramai, Sumbangan Asnaf di Kg Tandiap, Kg Sg Bugis Plak info kalori dan menaiki jambatan Dataran Putra

Penerangan Jambatan & Pulau Thailand, Plak info Pinggan Sihat Malaysia di Laman Laksa.

Turut hadir, YB Teh Chai Aan, EXCO Sumber Asli dan Alam Sekitar; Bioteknologi dan Teknologi Hijau; dan Kesihatan Perlis, YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, dan YBrs. Dr Sirajuddin Hashim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.