بسم الله الرحمن الرحيم                                                                                                         

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين                                                                    

و على ءاله وصحبه أجمعي

السلام عليكم

 Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

 

Syukur Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya saya diberikan kesempatan dan ruang untuk memberikan sepatah dua kata buat seluruh rakyat Malaysia terutama pendengar setia Radio Malaysia PerlisFM.

Sejajar dengan proses pembangunan negara telah berlaku beberapa perubahan daripada Pembangunan Pertanian diikuti dengan Pembangunan Perindustrian dan sekarang dengan Pembangunan Teknologi Maklumat. Begitu juga dengan PerlisFM dimana kita perlu bergerak pantas dan seiring dengan arus pembangunan, dan adalah wajar kita membuat penyesuaian bagi keperluan Jabatan kerana Pengurusan Teknologi Maklumat adalah salah satu bidang yang penting yang kita patut harungi supaya tidak ketinggalan.

PerlisFM kini mewujudkan sebuah Portal rasmi jabatan sebagai salah satu medium bagi mendekatkan pendengar setia dengan Radio Malaysia PerlisFM bersama kandungan yang penuh informasi terkini dan menarik serta mesra pengguna. Antaranya adalah 'Radio Live Streaming', dan facebook.com/perlisfm dimana pendengar bukan sahaja dapat mendengar malahan dapat melihat DJ-DJ anda bersiaran di konti, ia merupakan satu kaedah mudah untuk berkomunikasi antara pendengar dengan PerlisFM secara maya. Selain dari itu, Aplikasi Facebook dan Twitter juga digunakan sebagai peranti perhubungan dalam penyampaian maklumat dengan pantas, ringkas dan mudah.

Maklumat dihujung jari, itulah yang ingin kami berikan kepada semua pendengar setia PerlisFM sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda selama ini dan jadilah pendengar bijak dalam menggunakan teknologi. Harapan saya setelah wujudnya portal PerlisFM ini dapat kita gunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin. Serta ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua warga PerlisFM khususnya Unit ICT Dalaman dalam menjayakan Portal PerlisFM ini.

Akhir kata 'kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang sentiasa ingin melakukan yang terbaik' semoga usaha kita akan mendapat keredhaan dan diberkati Allah S.W.T

Bunga dedap diatas para,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh dan Terima Kasih. 

 

 

 Puan Bibah Binti Saad

  Pengarah Penyiaran Negeri Perlis

  Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis