ANGGOTA UPP CUBA SELUDUP MERCUN DITAHAN KASTAM

KANGAR, 1 Feb (Bernama) -- Seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang cuba menyeludup pelbagai jenis mercun melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar pada 29 Januari lepas ditahan kastam.

Pengarah Kastam Perlis, Kamarudin Jaafar berkata anggota UPP berumur 29 tahun itu dipercayai menyeludup mercun tersebut untuk dijual kerana mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, beliau berkata mercun tersebut bernilai lebih RM5,000 di percayai dibeli oleh anggota UPP terbabit di pekan Siam di Padang Besar, Thailand.

Katanya pegawai Kastam yang memeriksa Proton Wira dipandu suspek menemui 660 paket mercun papan dan 15 kotak mercun kek tersorok dalam but, tempat letak kaki penumpang hadapan dan tempat duduk belakang.

"Gerak geri anggota UPP itu yang mencurigakan kerana tergesa-gesa ingin melepasi pemeriksaan Kastam menyebabkan pegawai-pegawai kastam mengesyaki sesuatu dan memeriksa keretanya," kata Kamarudin.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada anggota UPP terbabit memperkenalkan diri dan tempat beliau bertugas kepada kastam untuk mengelak diperiksa.

Anggota UPP itu dibebaskan dengan jaminan kastam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barang larangan dan boleh didenda 10 kali ganda nilai barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, tambahnya.

PerlisFM Online

SEGMEN SEKARANG


IKLAN @PFM

Juruhebah PerlisFM

  • DJ Effa
  • DJ Zaida
  • DJ Azie
  • DJ Zali
  • DJ Jai
  • DJ Mohd Shah
  • DJ Mior
  • DJ Ryan
  • DJ Tok Pulau
  • DJ Rohana
  • DJ Feroz
  • DJ Pak Su

            MyGov                               

LOKASI PFM

HUBUNGI PFM

STATISTIK PORTAL

0093339
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
128
272
2185
2185
2117
8224
93339

Forecast Hari Ini
96


IP Anda:54.146.201.80