Gambar: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama sebhagian anak-anak yatim di majlis berbuka puasa sempena program Penerapan Nilai-nilai Murni di bulan Ramadan di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, hari ini. Turut sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (dua dari kanan) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan)

KANGAR 11 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Kali Ke-11 anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira pukul 7 petang sebelum menghadiri majlis berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada warga dan agensi di bawah KDN.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ahmad Zahid kemudian ke Masjid Negeri, Arau, dekat sini untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

SEGMEN SEKARANG


IKLAN @PFM

Juruhebah PerlisFM

  • DJ Azie
  • DJ Zali
  • DJ Jai
  • DJ Mohd Shah
  • DJ Mior
  • DJ Ryan
  • DJ Tok Pulau
  • DJ Rohana
  • DJ Feroz
  • DJ Pak Su

            MyGov                               

LOKASI PFM

HUBUNGI PFM

STATISTIK PORTAL

0185624
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
44
333
1516
1539
5644
6725
185624


IP Anda:54.166.146.212