Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mat Hassan berkata, ba­ngunan tambahan itu dibina bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di jeti tersebut khusus­nya ketika musim cuti perseko­lahan.

“Sebanyak 13 kaunter tiket, lapan kiosk perniagaan dan tempat rehat untuk orang ramai menunggu disediakan di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mat berkata, kesemua kenderaan termasuk bas dan teksi akan melalui bangunan tambahan itu untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Jelasnya, jalan di antara jeti dan bangunan tambahan itu pula nanti akan hanya dikhususkan untuk pejalan kaki sahaja bagi mengelak kesesakan kenderaan keluar masuk.

“Bangunan ini telah diserahkan kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang akan menguruskan penyewaan kaunter tiket dan kiosk,” ujarnya.

Mat berharap dengan adanya bangunan baharu itu, bukan sahaja menjadikan jeti Kuala Perlis sebagai tumpuan pelancong yang ingin ke Langkawi tetapi juga tarikan kerana bandarnya bersih dan indah.