ALOR SETAR: Kerajaan negeri menetapkan had kelajuan 70 kilometer sejam di semua jalan kecuali jalan persekutuan dan lebuh raya.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ia berkuat kuasa hari ini hingga 25 Julai.

Ketetapan itu dipersetujui dalam mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) semalam, katanya menerusi satu kenyataan.


Perintah itu berkuat kuasa mengikut Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Negeri) (Larangan Masa Tertentu) 2015 yang diperuntuk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

-- BERNAMA