Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata, pemeriksaan pihaknya dijalankan di premis tertentu, pasar raya-pasar raya dan farmasi-farmasi.

 

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati peniaga mendapatkan produk-produk ini (susu) daripada pengedar yang sah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 sehingga 27 Disember ini di Pasar Raya Giant di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar, Pasar Raya Giant Kangar, Md. Zamri Yahaya.

Sebanyak 11 produk terlibat dalam skim tersebut di negeri ini yang terdiri daripada ayam (hidup, standard dan super), ayam belanda import, daging kambing tempatan dan import bertulang, telur ayam (gred A, B dan C), tomato dan cili benggala hijau.

Sebelum ini, KPDNKK Johor merampas sejumlah susu bayi tiruan bernilai RM42,000 dalam beberapa serbuan berikutan laporan seorang bayi muntah setelah dikatakan mengambil produk tersebut.

Dalam pada itu, Khairul Amin menasihatkan ibu bapa supaya membuat perbandingan harga sempena Program Kembali Ke Sekolah yang rancak dijalankan ketika ini.

“Walaupun tiada laporan diterima mengenai ketidakpuasan hati mengenai barangan yang dijual (Program Kembali Ke Sekolah) setakat ini tetapi kita nasihat supaya masyarakat menjadi pengguna bijak,” katanya lagi.