Sehati@RTM Perlis 2019 Kangar


Diterbitkan pada 03 Uti, 2019

03.08.2019 (Sabtu): RTM Perlis sekali lagi mengambil kesempatan mendekati penduduk sekitar Perlis Khususnya dengan mengadakan Program berkala iaitu Sehati@RTM dimana kali ini diadakan di Dataran Dato' Sheikh Ahmad Kangar. Seawal jam 7.30 pagi rakyat perlis berkumpul di Dataran tersebut bersama-sama mengikuti aktiviti berzumba yang dikendali kan oleh Zin Endi. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan Sukan Rakyat antara aktiviti sukan rakyat yang diadakan ialah pertandingan tarik tali,dart,dam haji, sepak raga bulat dan banyak lagi. Bagi aktiviti pentas diadakan pertandingan karaoke yang terbahagi kepada dua kategori iaitu kanak-kanak dan terbuka, juga diadakan pertandingan beyblade juga terbahagi kepada dua kategori iaitu kanak-kanak dan terbuka. RTM Perlis juga mengambil pendekatan memudahkan penduduk dengan membawa agensi-agensi kerajaan kelapangan mendekati masyarakat. Sebelah petang nya pula diadakan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB Amin Ahmad (Parlimen Kangar), YB Azam karap (ADUN Kuala Perlis), YB Asrul Nizan Abd. Jalil (ADUN Sena) dan En Ahmad Zaki Mustafa (Pengarah Jabatan Penyiaran Penyiaran Perlis)

Disebelah malamnya pula diadakan Mini Showcase Sehati@RTM yang bermula pada pukul 9.00 malam, Persembahan pembukaan orang ramai disajikan dengan gendang kaum cina dan tarian kaum india. Persembahan di teruskan dengan penampilan istimewa dari Artis Tempatan tanahair antaranya:
Ella
Andi Bernadee
Ameng Spring
Wani Kayrie

Turut bersama - sama pada Mini Showcase tersebut YB Amin Ahmad (Parlimen Kangar), Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis dan Pengarah Jabatan Insolvensi

Ribuan Terima Kasih kami ucapkan kepada YB Parlimen Kangar yang turut bersama-sama berkerjasama bersama RTM Perlis bagi menjayakan Program ini. TIdak dilupakan juga kepada semua yang terlibat pada program kali ini secara langsung mahupun tidak langsung

kepada penduduk Perlis "ANDA SEMUA MEMANG AWESOME" jumpa lagi ye pada program akan datang

Teruskan bersama kami di Perlisfm Serasi Denganku. Stesen Radio Hiburan Berinformasi bagi rakyat Perlis