3.9.2019 (SELASA) - Program Aspirasi Merdeka merupakan salah satu program turun padang RTM mendekati masyarakat khususnya bagi bersama-sama menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan Negara. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat khususnya golongan muda untuk mengenali penyiar atau penyampai radio Perlisfm dengan lebih dekat menerusi pengisian aktiviti yang diadakan. Penganjuran program ini bermatlamat meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara di kalangan generasi muda khususnya pelajar sekolah. Antara Aktiviti yang diadakan: Perbarisan dan Gimik Pelancaran oleh SMK Derma, Kangar Deklamasi Puisi Merdeka oleh pelajar SMK Syed Alwi Persembahan Nyanyian Pengisahan Kenegaraan oleh pelajar SMK Abi Acara Berbalas Pantun Merdeka (Perlisfm dan SMK Derma) Gimik Penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Ribuan Terima Kasih kami ucapkan kepada PEJABAT YB TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN TAMBUN TULANG PEJABAT KETUA PENGARAH PENYIARAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERLIS JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, PERLIS JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERLIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DERMA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI SEKOLAH KEBANGSAAN SENA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KANGAR SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KHOON AIK DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG

IMG_0088.JPG

IMG_0103.JPG

IMG_0129.JPG

 

IMG_0160.JPG

 

 

IMG_0304.JPG