INFO


Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.

Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.

Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.

Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.

Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.

Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

PerlisFM kini mewujudkan sebuah Portal rasmi jabatan sebagai salah satu medium bagi mendekatkan pendengar setia dengan Radio Malaysia PerlisFM bersama kandungan yang penuh informasi terkini dan menarik serta mesra pengguna. Antaranya adalah 'Radio Live Streaming', dan facebook.com/perlisfm dimana pendengar bukan sahaja dapat mendengar malahan dapat melihat DJ-DJ anda bersiaran di konti, ia merupakan satu kaedah mudah untuk berkomunikasi antara pendengar dengan PerlisFM secara maya. Selain dari itu, Aplikasi Facebook dan Instagram juga digunakan sebagai peranti perhubungan dalam penyampaian maklumat dengan pantas, ringkas dan mudah.

Maklumat dihujung jari, itulah yang ingin kami berikan kepada semua pendengar setia PerlisFM sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda selama ini dan jadilah pendengar bijak dalam menggunakan teknologi. Harapan saya setelah wujudnya portal PerlisFM ini dapat kita gunakan aplikasi ini dengan sebaik mungkin.

Klik pada jadual untuk melihat paparan penuh.







 

PENTADBIRAN

  • Menguruskan bahagian pentadbiran Jabatan Penyiaran Perlis
  • Pemandu jabatan
  • Pembantu Am Pejabat
  • Pembantu Am Kewangan
  • menguruskan kewangan Jabatan Penyiaran Perlis

 

KEJURUTERAAN

  • Penolong Jurutera membantu bahagian rancangan bagi menyediakan kemudahan siaran
  • Membantu menyediakan peralatan rakaman
  • Memastikan siaran berjalan lancar
  • Menyediakan kemudahan berkaitan siaran

 

RANCANGAN

  • Terdiri daripada penyampai radio
  • Penerbit rancangan rakaman
  • Terbahagi kepada JUR, Pemasaran, Penerbitan, berita dan Siaran Luar
  • Menerbitkan rancangan radio dan tv
  • Menyediakan berita tempatan untuk radio dan tv

 

Sila klik pautan direktori untuk maklumat lanjut.