6 Julai - Kompleks Penyiaran Perlis berharga RM21 juta bakal siap sepenuhnya menjelang Ogos depan, dimana kerja-kerja akhir oleh kontraktor giat dilaksanakan.
Ketua Pengarah Penyiaran, Abdul Muis Shefii berkata, kompleks baru berkenaan yang menyediakan pelbagai kemudahan terkini mampu meningkatkan prestasi kerja petugas RTM Perlis, disamping meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran untuk masyarakat.
Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan terkini pembinaan kompleks berkenaan di Kangar.
Diringi bersama Pengarah Program Radio, Puan Norbaiyah Dato' Baharudin, Pengarah Program TV, Puan Norliza Ali dan Pengarah Penyiaran Perlis, Encik Zaki Mustafa.
Kompleks Penyiaran Perlis mula dibina sejak 1 Januari 2018 lalu.