5.7.2019 ( Jumaat) - Majlis Perjumpaan & Ramah Mesra bersama Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Tuan Haji Abdul Muis Shefii. Majlis diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Jabatan Penyiaran Perlis dengan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia. Semua kakitangan Jabatan Penyiaran Perlis hadir pada majlis ini bagi meraikan kedatangan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia ke Negeri Perlis
Turut bersama - sama dalam majlis ini, Pengarah Radio Puan Norbaiyah Dato' Baharudin, Pengarah TVPuan Norliza Ali, Pengarah Perhubungan Raya En Alex Reza, Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis Encik Zaki Mustafa dan Pegawai Khas Ketua pengarah Penyiaran Malaysia serta semua kakitangan RTM Perlis
Majlis dimeriahkan lagi, dengan persembahan dari "thecharmaband', adik Dina (Juara Bintangg Kecil 2018 ), dan Izulyza (Bintang P.Ramlee & Saloma)