5.9.2018 (Rabu) - APMM (Maritim) membuat lawatan mesra ke Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis. Kunjungan ini mendedahkan kepada APMM tentang skop kerja dan bidang kerja Jabatan Penyiaran. Lawatan sebegini dapat mengeratkan lagi pihak lain dengan pihak media khususnya Jabatan Penyiaran. Peserta dibawa untuk melawat konti dan bilik berita (BES) serta ruang kerja di RTM Perlis.