Hari Ketiga Malam Kemuncak Pertandingan Bintang Kecil Zon Utara Tahniah kepada Johan Pertandingan Bintang Kecil 2019 Peringkat Zon Utara sekaligus mewakili Zon Utara ke Pertandingan Megastar Bintang Kecil 2019 pada bulan Disember nanti, adik Puteri Ainul Farisya dari Perlis. Hadiah telah disampaikan oleh YB Mohd Firdaus bin Ahmad, Exco Penerangan, Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Puan Nor Yahati binti Awang. Pertandingan Akhir Bintang Kecil 2019 Peringkat Zon Utara di Aseania Resort & Spa, Pulau Langkawi. Program Bintang Kecil anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang nyanyian kalangan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 11 tahun.