30.5.2019 (Khamis) - Program terakhir di bulan ramadan Perlisfm melabuhkan tirai di KTMB Arau perlis melalui program Destinasi Raya. Seawal jam 5.00 petang krew Destinasi Raya serta kakitangan KTMB Arau, KRT Taman Sri Wang dan Pihak Polis berkumpul di Ktmb itu bagi membuat pengagihan bubur lambuk, kuih raya dan sumbangan. barang agihan diberikan kepada penumpang yang menaiki ETS atau Komuter di KTMB Arau dari 5.00 petang sehingga jam 7.00 malam. Kami krew Destinasi Raya Perlisfm mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang bersama - sama berkongsi keriangan bersama penumpang di KTMB Arau. Jutaan terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langaung mahupun tidak langsung. Dikesempatan ini kami warga Perlisfm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.