15.9.2018 (Sabtu) - Aspirasi X Malaysia Merdeka Perlisfm ini diadakan di Dataran Dato Sheikh Ahmad Kangar. Program sebegini diadakan bagi mengeratkan lagi warga kerja RTM Perlis bersama masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan tarik tali, konvoi berbasikal, bowling buah kelapa, pertandingan kukuq nyoq, zumba, dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Program ini dimeriahkan lagi dengan kerjasama antara agensi lain dengan mengadakan pameran. Pada sebelah malam pula, bersempena program ini Perlisfm mengadakan Showcase Aspirasi X Malaysia Merdeka dengan menjemput Artis Negara dan tempatan antara nya Xpose Band Azharina Azhar dan Putera Ahmad serta Versus band (Artis Tempatan). Turut hadir pada program ini Ahli Parlimen Kangar, Adun Sena, Adun Indera Kayangan dan Adun Kuala Perlis. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.