1.4.2017 (Sabtu) - Bersempena Ulangtahun RTM ke - 71. RTM Perlis (Perlisfm) telah menganjurkan Pertandingan Bintang 80-an Perlisfm. Seramai 10 orang Peserta berentap pada malam tersebut bagi merebut gelaran juara.Tahniah diucapkan kepada Juara Mohd Hafedz Halim, Naib Juara Intan Ishak dan ketiga Azieyatul Adira Bidi. Pesembahan Terbaik disandang oleh Azieyatul Adira Bidi Pertandingan tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan Jay Jay (Carefree). Turut memeriahkan majlis ialah Exco Kerajaan Negeri Perlis YB Jamil Saad,Pengarah Penyiaran Perlis Pn Hjh Bibah Saad dan Wakil RTM zon Utara.