22.6.2017 (Khamis) - Destinasi raya bagi tahun 2017 Perlisfm telah diadakan di hadapan Balai Polis Simpang Empat Perlis. Pengagihan bubur lambuk, kurma, kuih raya dan topi keledar baru kepada penguna jalan raya bermula pada pukul 6 petang dan berakhir sebelum berbuka puasa. Terima Kasih kami ucapkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Parlimen, Ketua Polis Daerah kangar,  Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Pengarah JKJR, kakitangan RTM Perlis dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.