9.6.2017 (Jumaat) - Jelajah Ramadhan Perlisfm kali ini diadakan di Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi. Jelajah Ramadhan ini meraikan golongan orang tua - tua dan anak - anak yatim. Majlis pemberian sumbangan hari raya disempurnakan oleh Datin Seri Nor Aswana Omar (Isteri Menteri Besar Perlis),Dato Mokhzani Ismail (Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM) dan Puan Hajah Bibah Saad Pengarah Jabatan Penyiaran Perlis. Terima Kasih diucapkan kepada Tenaga Nasional Berhad dan JKKK Alor Tok Terang atas sumbangan yang diberikan. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM, kakitangan Jabatan Penyiaran Perlis, Wakil dari Tenaga Nasional Berhad dan JKKK Alor Tok Terang.