24.06.2017 (Sabtu) - Ronda Raya kali ini dilangsungkan di seluruh negeri Perlis. Objektif program ini diadakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan, asnaf, warga tua, anak yatim yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menjelang hari raya aidilfitri. Perlisfm mengambil inisiatif tersendiri bagi membantu golongan ini dari tercicir menyambut hari raya. Terima kasih kami ucapkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Besar Perlis, YB Parlimen, dan semua yang terlibat. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kami di Perlisfm ucapkan kepada semua.