29.7.2017 (Sabtu) - RTM Perlis dengan kerjasama Parlimen Arau, Uitm Arau dan Jasa telah mengadakan satu program turun padang iaitu Jom Masuk Kampung. Untuk program kali ini, diadakan di Sek Keb Padang Keria. Program di meriahkan lagi dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri besar Perlis, Ahli Parlimen, Pengarah Penyiaran perlis, Pengarah Penyiaran Zon Utara dan Ketua - ketua Jabatan. Kehadiran orang ramai juga memeriahkan lagi program kali ini. Terima Kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini secara langsung mahupun tidak langsung.